cInTAku
Mencintaimu tanpa sebab
Menyayangimu tanpa batas
Mengertimu tanpa harap
Menunggumu tanpa jeda
Kesedihan... satu perasaan yg sukar digambarkan, sukar diucapkan walaupon dapat dilihat dari riak wajah tapi tak mudah utk difahami dan tak ada siapapon yg boleh memahami. Kerana perasaan itu hadir tanpa diminta... walaupon cuba untuk mengelak, ia tetap memakan diri dan menyakitkan hati.
Air mata... peneman setia andai kesedihan tiba. Walaupon ditahan, ia tetap mengalir tanpa jemu. Menitis... membayangkan hati yg merintih, menggambarkan hati yg pedih. Melepaskan yg terpendam, namun masih ada sisa jauh di sudut hati. Merungkaikan segala kekusutan, namun masih berteka-teki.
Biarkan... Biarkan kesedihan dan air mata itu pergi. Pergi bersama putaran masa. Kerana, hanya itu yang mampu mengubati hati.
Inilah kehidupan.... hakikat kehidupan...
Hidup tak selalunya indah. Ada masa kita gembira ada masa kita berduka. Hari- hari yang kulalui... seakan mengajarku erti kehidupan. Kehidupan yg penuh liku...kehidupan yg penuh ranjau dan duri. Aku sendiri tak pasti sejauh mana dan sekuat mana aku menghadapi semua dugaan ini. Yang pasti kasih sayang dan cintaku tak pernah goyah. Doa dan kekuatan darimu membuatkan aku terus bangun... tapi sampai bila?? Entahlah...
Salahkah Aku Menyintaimu Sepenuh Hati… Salahku Aku Menyayangimu Seluruh Jiwa… Salahkah Aku Merinduimu Setiap Masa … Salahkah Aku Mengingatimu Setiap Hela Nafasku.. Kerana, Itulah Diriku Yg Kau Kenali Selama Ini… Kerana Aku Tak Sanggup Kehilanganmu, Sehingga Apa Jua Sanggup Aku Lakukan Untukmu…
Andai Dapat Kau Undurkan Putaran Dunia…. Adakah Aku Terus Di Hatimu?? Adakah Aku Yg Menemanimu?? Adakah Aku Pilihan Hatimu??Apakah Kebahagiaan Yg Kau Cari Selama Ini Sudah Kau Miliki?? Apakah Masih Ada Ruang2 Kesunyian Yg Ingin Kau Isi?? Apakah Itu Persoalan Di Hatimu Selama Ini??
Izinkan Aku Untuk Terus Bertakhta Di Hatimu. Izinkan Aku Menemani Sepanjang Hayatmu. Izinkan Aku Mengisi Ruang2 Kesunyian Di Hati. Izinkan Aku Menyinari Hatimu Dengan Cahaya Kebahagiaan Yang Mampu Kuberi Kerana Aku Juga Insan Biasa Seperti Mu. Mencari Dan Terus Mencari Erti Hidup Ini…Memperbaiki Kelemahan Diri Dan Mempertahankan Apa Yg Telah Kumiliki.
Seandainya Kau Tahu Betapa Aku Memerlukanmu.. Di Setiap Langkahku. Hari Ini, Esok Dan Selamanya. Kerana Cintaku Hanya Milikmu. Cinta Yang Pertama Hadir Mengisi Hati Yang Tak Pernah Dimiliki Dan Biarlah Menjadi Cinta Terakhir Dalam Hidupku. Dan Kerana Itu Jugalah… Aku Ingin Membahagiakanmu Di Kesempatan Yang Ada . Mengisi Saat Dan Ketika Dengan Rasa Gembira, Melihat Senyumanmu Adalah Kebahagiaan Buatku. Cukup Bagiku Jika Kita Sama-Sama Menghargai Apa Yg Telah Kita Miliki Hari Ini. Dan Aku Akan Berpegang Pada Kata-Kata Yg Sering Kau Ucapkan…. Kita Dijadikan Berbeza, Dan Ikatan Kita Ini Adalah Untuk Saling Melengkapi. Sepertimana Kau Menerima Aku Seadanya…Begitu Jugalah Dengan Diriku. Moga Kejujuran, Kesetiaan Dan Kepercayaan Menjadi Pegangan Kita Buat Selamanya. Hargailah Aku Sebagai Isterimu Kerana Itu Jugalah Yang Aku Berikan Padamu
Bila aku rasa dah puas hati dengan blog aku yg tak seberapa ni, aku kongsikan blog ni dengan kawan2 M.com. Bukannya apa, sekadar bertukar2 cerita...berkongsi apa yg ada. Lagipon itulah kawan2 aku yg virtual, tak pernah jumpa tapi rapat dan mesra macam dah lama kenal. Kami boleh bertukar cerita terutama pasal anak2. Seronok sangat... memanglah rasa ati nak jumpa tapi apakan daya, mungkin belum masanya.
Rasanya dah hampir dua tahun aku mengenali kawan2 kat sana... seingat aku masa tu pon bulan Ramadhan last year... aku mengandungkan Muhammad Adam Zikry. Tup2...Ramadhan menjelma lagi. Begitulah ...cepatnya masa berlalu. Kali ni aku sambut Syawal dengan orang baru lagi. Putera, hero dan pakwe ku ini dah pon 3 bulan usianya. Bila diingat balik...macam baru jer semalam ada kat hospital.... hehehehehe. Tapi semua tu dah jadi kenangan. Macam jugak kawan2 yg lain...,pengalaman yg paling bermakna dlm diri kita sebagai seorang wanita, isteri dan memegang title baru sbg ibu, mama, mak, umi, mummy dan lain2 gelaran.
Aku rasa bangga, gembira sangat bila dah lahirkan sepasang zuriat buat suamiku. Nur Alia Insyirah, puteri hati mama yg semakin bijak. Terhibur dengan keletah dia. Bila dia tidur jer...sunyi jer rasa. Muhammad Adam Zikry... 2 bulan usianya dah tunjukkan perkembangan yg cepat. Boleh meniarap sendiri, angkat kepala mcm budak besar. Tapi tu ler... kejap2 demam. Bila time macam ni lah yg buatkan aku tak tentu arah... aku ni tak boleh tengok kalo anak2 menangis sebab aku pon akan menangis sama. Entahlah...ini kot yg dinamakan naluri seorang ibu.
Dah lo kot yer... curik2 menulis time anak2 tido. Buat suamiku sayang... bawalah kasih, sayang dan cintaku dalam hatimu.., ke mana jua kau melangkah kerana di situ ada doa mengiringimu... Salam sayang buat semua
Kalo kita baca kat bawah nanti... seakan2 kelakar pon ada tapi sebagai seorang isteri... tersentuh hati tatkala bab2 macam ni dijadi cerita. Aku sendiri berdoa dan terus berdoa agar jodohku kekal hingga ke hujung nyawa. Kebahagiaan hari ni bersama putera dan puteriku biarlah kekal dan disinari cahaya yg diredhai Allah. Amin...
Sekadar tatapan buat kita, isteri dan suami.... inilah HAKIKAT kehidupan. Dengarkan keluhan isteri dan pengharapan suami....
Dilema SUAMI & ISTERI...
Si suami...
Duhai isteriku....
Abang ingin kahwin lagi..
bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..
dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..
dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda..
Memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..
dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..
dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang nie perasan saje..
bila bekerja berbincang bersama..
ntah kepala nie dah melayang ke mana..
mungkin dia tak rasa apa-apa..
Bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..
Abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..
Duhai isteriku...
maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..
kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu..
"Pah butang baju abang mana Pah...."
*************************************************
Keluhan seorang isteri...
Duhai suamiku dunia dan akhirat
Kufahami bahawa kau memang berniat
Menambah cawangan di satu lagi tempat..
Abang,
Bukannya niatku untuk menegah
Suara hati isterimu ini dengarkanlah
Kerana tiada guna kita berbalah
Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah..
Memang di officemu diriku tiada
Bukankah abang juga yang menegah bekerja
Katamu jadilah surirumah sepenuh masa
Agar anak-anak menjadi manusia berguna
Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga
Inikah pula yang patut kuterima..?
Abang,
Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga
Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja
Mampukah abang menanggung semuanya
Bukan sahaja dari segi material saja
Malah merangkumi aspek segala
Kubimbang nanti di akhirat sana
Abang melangkah senget sebelah bahunya
Sedang aku dapat melihat cuma...
Abang,
Kurelakan abang berkahwin lagi
Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati
Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi
Apa sebenarnya yang kau cari..???
Abang,
Semenjak akad telah dilafazkan
Telah kuserahkan jiwa dan perasaan
Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan
Hidupku jangan disia-siakan
Janjimu kini hanya tinggal kenangan...
Abang,
Memang nafsu itu satu godaan
Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan
Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan
Begitulah Islam menyarankan
Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun
syaitan...
Abang,
Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
Sanggupkah kau berkongsi pelukan?
Sanggupkah kau berkongsi belaian?
Akhir sekali,
Apa yang ingin kutegaskan di sini
Mulai daripada tika dan saat ini
Aku akan berhenti menjadi
Seorang isteri yang baik hati
Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai
Sekarang buatlah apa yang kau ingini
Aku sudah tidak peduli
Daripada ku menghambakan diri
Lebih baik aku pun mula mencari pengganti
Butang baju? Sorry, cari sendiri!!
Bye banggggg
Sayangku..
Sebenarnya aku terasa gak nak buat blog sendiri tapi tak pernah terbuat pon... abis-abis pon aku buat friendster. Itupon sebab ramai kawan2 aku yg nak tengok pic anak2 aku. So aku letak ler kat situ. Bukannya apa, tak larat ler kalo nak emel kat semua...so saper yg nak tgk, masuk ler friendster aku tu.
Aku diperkenalkan oleh suami aku akan blog yg dicreate olehnya... dan terus nak jugak buat satu. So yg ni kiranya testing ler... menjadi ke tak pon aku tak tahu... Disebabkan aku memang suka membaca, suka menulis...so bila ada time jer dan bila ada ilham jer...aku akan tulis kat blog aku ni... Tunggu jer....